Pada 02.03.2019 yang lepas, Jawatankuasa Eksa Hospital Tapah dengan gabungan Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Tapah telah mengadakan Sambutan Hari Eksa dan Hari Keluarga.
Sambutan Hari Eksa tersebut telah dimeriahkan dengan jualan oleh gerai-gerai bagi semua zon. Setiap zon telah menjual pelbagai menu makanan dan minuman. Zon Cenderawasih telah memilih menu kacang putih dan air kotak untuk dijual pada hari tersebut.
Selain itu, terdapat juga aktiviti sukan yang disertai oleh kakitangan Hospital Tapah serta keluarga kakitangan masing-masing.
|
Kerja-kerja membungkus kacang dan muruku |
|
Kerja-kerja menyiapkan hiasan bagi gerai |
|
Poster Jualan Zon Cenderawasih |
|
Gerai pada Hari Jualan Eksa |
|
Perasmian majlis oleh Pengarah, Penyelaras Eksa dan Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan Hospital Tapah |